• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kelantan Diminta Hormat Hak Orang Asli

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen meminta kerajaan PAS Kelantan menghormati hak masyarakat Orang Asli di negeri itu ke atas tanah adat mereka.

Tegas beliau, Perlembagaan Negara menjamin hak setiap masyarakat termasuk Orang Asli dan menjadi tanggungjawab kerajaan Kelantan melaksanakannya.

“Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Balah amat serius dan merupakan satu lagi contoh ia diuruskan secara tidak bertanggungjawab oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Eric mengecam Jabatan Perhutanan Kelantan kerana menghalang peguam pro pembangkang, Siti Kasim daripada memasuki Hutan Simpan Balah.

Katanya, tindakan itu menyalahi hak kebebasan untuk bergeak seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Anggota Jabatan Perhutanan Kelantan melarangnya memasuki kawasan hutan simpan yang diwartakan berkenaan kerana tidak mempunyai permit.

Anggota berkenaan memetik Seksyen 47 (e) Akta Perhutanan 1948 yang menyatakan bahawa tidak dibenarkan memasuki hutan simpan kecuali mereka mempunyai kebenaran bertulis daripada Pengarah Jabatan Perhutanan dan memasuki atas sebab yang dinyatakan dalam permit. – mynewshub.cc

Tags: KelantanOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd