• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Ditahan Dipenjara, Selepas 9 Tertuduh Gagal Hadir

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima daripada 14 individu, yang didakwa terhadap pertuduhan mengembangkan kepercayaan agama yang dikenali sebagai ajaran Millah Ibrahim@Abraham, terpaksa bermalam dipenjara selama lima hari kerana ketidakhadiran tertuduh yang lain tanpa sebab munasabah.

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Ibrahim Deris memerintahkan Johan Haruna, 40; Mahamad Azhari Tajudin, 43; dan isterinya, yang sarat mengandung, Liliwati Eden, 36; Anuar Zainal, 47; dan Kamalia Mohamed Taib, 34; ditahan di penjara bermula hari ini sehingga tarikh sebutan semula kes itu pada 10 Nov ini.

“Oleh kerana ketidakhadiran tertuduh yang lain tanpa sebab munasabah, ia telah memberi kesan kepada pihak pendakwaan dan mahkamah, oleh itu kamu ditahan di penjara sehingga 10 Nov ini,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Syarie Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Zainor Rashid Hassin memohon supaya kelima-lima tertuduh ditahan dipenjara bagi tempoh 14 hari atau sehingga hari perbicaraan kerana kegagalan tertuduh yang lain hadir selepas dibebaskan dengan jaminan pada 21 Okt lepas.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana membabitkan kesalahan berhubung akidah. Tertuduh diberi peluang (lepas) dengan ikat jamin yang munasabah tetapi mereka tidak mematuhi ikat janji tersebut,” katanya.

Ibrahim turut memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh yang tidak hadir iaitu Zakaria Mat Kasa, 35; Kamarudin Annuar, 48; Mohd Arif Abd Aziz, 33; Amirol Hafiz Mohd Samad, 24; Aizul Farikh Zainal Abidin, 39; Mohamad Harizal Kamaruddin, 36; dan Nur Ridah Osman, 26.

Beliau berkata pelaksanaan waran tangkap itu dilakukan oleh pihak polis dan penguat kuasa Jawi.

Bagi tertuduh Heffy Syamsuar, 32; dan Abdul Azim Abdullah, 29; yang juga tidak hadir pada prosiding hari ini tetapi diwakili penjamin masing-masing, Ibrahim memerintahkan mereka hadir pada tarikh sebutan semula kes itu.

Pada prosiding hari ini, Johan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengembangkan doktrin atau kepercayaan agama selain agama Islam yang dikenali ajaran Millah Ibrahim@Abraham di premis perniagaan, tingkat 2, B-2-3, Blok B,
Jalan 2/142A, Megan Phoenix, Jalan Cheras di sini antara 9 hingga 9.25 malam, 20 Okt lepas.

Sementara Mahamad Azhari, Liliwati, Anuar dan Kamalia masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat mengambil bahagian bersama dalam satu majlis mengembangkan kepercayaan itu di tempat dan masa sama.

Pertuduhan terhadap Johan dibuat mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan manakala pertuduhan terhadap empat yang lain dibuat mengikut Seksyen 43(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) yang membawa hukuman sama.

Kesemua tertuduh, yang ditahan dalam serbuan pada 20 Okt lepas, atas maklumat terdapat kumpulan yang mengembangkan ajaran agama berunsur campuran antara agama Islam, Kristian dan Yahudi, tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd