• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Guru Terlibat Kegiatan Militan – KP Pelajaran

oleh
10/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana guru, kakitangan sokongan dan pelajar sekolah yang didapati terlibat dengan kumpulan militan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil sekiranya terbukti ada dalam kalangan mereka terlibat dalam kegiatan itu.

“Kementerian Pendidikan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membendung kegiatan ini daripada menular.

“Kementerian Pendidikan mengingatkan semua guru agar menjauhkan diri serta tidak terlibat dengan kegiatan militan kerana ia bukan sahaja memberi kesan negatif kepada negara, malah menjejaskan kemurnian profesion guru,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khair Mohamad turut menegaskan Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi ke atas guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam penyebaran fitnah menerusi media sosial dan aktiviti yang bercorak anti kerajaan.

Mynewshub semalam melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang guru kaunseling sekolah dan seorang kakitangan bank kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas sejak 21 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik berkata, turut ditahan sehingga 6 Oktober lalu lima peniaga, empat juruteknik, dua penggangur, seorang pengurus eksekutif, seorang pencari barangan artifak dan seorang pelajar universiti awam.

“Mereka ditahan di sekitar Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah. Kesemua mereka terdiri daripada 15 warga Malaysia dan seorang warga asing berusia antara 20 hingga 38 tahun,” kata Khalid. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshGuruMilitanpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd