• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: 23 Daripada 416 Calon SPM Hadapi Kesukaran

oleh Ahmad Albab
06/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sejumlah 23 daripada 416 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Cameron Highlands terpaksa berdepan kesukaran untuk menduduki peperiksaan berikutan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu malam tadi.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Pahang Mohd Razali Mustafar berkata calon terbabit menghadapi kesukaran untuk pergi ke pusat peperiksaan selepas kediaman mereka turut terlibat dalam bencana itu selain laluan ke pusat peperiksaan terjejas akibat tanah runtuh.

“Hari ini kita menerima dua calon SPM lelaki yang terpaksa masuk lewat daripada jadual peperiksaan bermula pada 8 pagi iaitu seorang tiba pada 8.30 pagi dan seorang lagi 9.05 pagi ekoran kediaman mereka di Kampung Ringlet turut dilanda bencana itu.

“Bagaimanapun kedua-dua calon diberi kelonggaran menduduki peperiksaan itu selain turut diberi masa tambahan bagi menjawab kertas peperiksaan Pendidikan Moral di Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain itu, katanya, 21 calon dari Kampung Raja dan Kampung Orang Asli Terisu terpaksa diambil dari pusat pemindahan Kampung Raja selepas laluan ke pusat peperiksaan di SMK Kampung Raja terhalang akibat tanah runtuh.

Mohd Razali berkata menerusi bantuan banyak pihak kesemua calon berkenaan berjaya dibawa ke pusat peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan bagi menduduki peperiksaan kertas Pendidikan Islam.

Sehubungan itu, katanya, Pejabat Pendidikan Daerah mengusahakan asrama bagi menempatkan calon SPM yang terlibat dengan bencana berkenaan.

Katanya terdapat 416 calon yang menduduki SPM di tiga pusat peperiksaan di Cameron Highlands iaitu di SMK Ringlet 122 calon, SMK Kampung Raja (110 calon) dan SMK Sultan Ahmad Shah (164 calon dan 20 calon persendirian). – BERNAMA

Tags: BanjirSPMtanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd