• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Semak Semula Dasar Perumahan Negara – Cuepacs

oleh Ahmad Albab
10/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Pekhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menyemak semula Dasar Perumahan Negara (DPN) bagi membolehkan penjawat awam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus sederhana (M40) memiliki rumah sendiri.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata golongan tersebut perlu dibantu berikutan taraf hidup yang makin meningkat dan harga rumah yang mahal sehingga mencecah RM400,000 bagi sebuah rumah teres di Kelantan.

“Kami harap kepayahan dialami penjawat awam ini mendapat perhatian kerajaan dan semakan semula dasar dapat disegerakan.

“Ini bagi memastikan rakyat terutama penjawat awam yang bergaji rendah dapat memiliki rumah dengan apa cara sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama penjawat awam Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Cuepacs Kelantan Izuddin Ab Rashid dan Pengarah Kebajikan dan Sukan Wisma Persekutuan Kelantan Wan Muhamad Sabri Wan Harun.

Azih berkata kerajaan boleh mewujudkan satu tabung khas bagi membiayai pembeli rumah yang tidak mempunyai kelayakan penuh berikutan gaji yang kecil.

Beliau berkata cadangan tersebut telah dikemukakan Cuepacs kepada kerajaan beberapa hari lepas dan diharap akan mendapat perhatian dalam pembentangan Bajet 2017 yang akan diadakan 21 Okt ini.

Katanya Cuepacs turut menyenaraikan beberapa permohonan lain termasuk meneliti keputusan beberapa agensi yang mengambil tindakan menamatkan kontrak penjawat awam yang telah berkhidmt melebihi 15 tahun.

“Kami minta campur tangan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal ini kerana sebelum ini beliau telah menunjukkan keikhlasan yang pekerja kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun ditawarkan jawatan tetap,” katanya.

Dalam pada itu Azih berkata kerajaan perlu menyediakan satu insurans khusus kepada anggota penguat kuasa bagi mendapatkan pampasan sewajarnya jika ditimpa bencana ketika bertugas.

Beliau berkata usaha tersebut boleh dilakukan menerusi kerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi melindungi anggota penguat kuasa dan keluarga mereka.

Azih berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dipercayai dilanggar tonto ketika menjalankan tugas di Pasir Mas, Kelantan semalam. – BERNAMA

Tags: CuepacsKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd