• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertingkat Usaha Dekati Rakyat, Kata Najib

oleh Ahmad Albab
09/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Gerakan meningkatkan usaha gigih dan bekerja lebih kuat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) terus meraih sokongan rakyat.

“Kita mestilah mendekati rakyat, sentiasa memberi perkhidmatan yang efektif dan memastikan organisasi kita mempunyai gerak kerja yang mantap lagi tersusun serta teratur,” katanya.

Najib berkata demikian dalam satu mesej menerusi rakaman video yang ditayangkan pada persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-45 di sini hari ini.

Video berdurasi dua minit itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.

Najib yakin Gerakan dapat memperbaiki prestasi pada pilihan raya umum akan datang berbekalkan tanggungjawab kepada rakyat yang dilaksana dengan baik di bawah kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Saya juga pernah menyarankan dan sekali lagi menekankan kepada semua anggota Gerakan agar mereka mempunyai ‘courage of your convictions’.

“Semoga menerusi kesepakatan dan kerjasama yang baik serta ikhlas, saya percaya BN akan terus berjaya dalam memimpin Malaysia ke arah kejayaan yang lebih gemilang dan membanggakan,” katanya.

Najib turut menekankan pentingnya parti-parti komponen BN menyangkal tohmahan pembangkang yang sering memutar belit isu semasa dan memburukkan nama baik Malaysia.

Persidangan dua hari bermula semalam dengan tema ‘Bersatu Demi Kemajuan dan Kemakmuran’ itu berlangsung dihadiri lebih 1,200 perwakilan dari seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd