• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Malaysia-Brunei Berada Pada Tahap Terbaik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemimpin Malaysia dan Brunei bersempena Perundingan Pemimpin Tahunan Ke-20 Malaysia dan Brunei pada Selasa, telah menggambarkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara ‘berada pada tahap terbaik’.

Dalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra menyebut rundingan bersama antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berlangsung dalam suasana yang mesra dan konstruktif.

“Kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu dua hala,” menurut kenyataan tersebut sambil menambah, ia turut membincangkan mengenai pelaksanaan Pertukaran Surat yang ditandatangani oleh pemimpin Malaysia dan Brunei pada 16 Mac 2009.

Wisma Putra juga menyebut kedua pemimpin turut membincangkan kepentingan untuk menambah baik hubungan antara Malaysia dan Brunei menerusi projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Mereka menggesa perbincangan rasmi diadakan bagi membincangkan aspek teknikal projek Lebuh Raya Pan Borneo itu.

“Mereka juga bersetuju untuk menambah baik dan memudahkan prosedur imigresen di pusat pemeriksaan sempadan antara kedua-dua negara bagi melancarkan laluan antara Malaysia dan Brunei.

Wisma Putra turut memberitahu Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah menyambut baik pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei untuk bekerjasama dalam bidang teknologi hijau.

“Kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama,” katanya lagi.

Perundingan Pemimpin Tahunan ini merupakan platform peringkat tertinggi dan acara penting dalam kalender tahunan bagi kedua-dua negara.

Perundingan Pemimpin Tahunan ke-19 diadakan di Bandar Seri Begawan pada 11 Ogos 2015. – BERNAMA

Tags: BruneiMalaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

Battersea Power Station Bukti Keupayaan Malaysia Di Pentas Global – KSN

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyifatkan kejayaan transformasi Battersea Power Station di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd