• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan Politik Umat Islam Malaysia Tidak Menentu

oleh Ahmad Albab
05/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara di Malaysia boleh menyebabkan masa depan politik umat Islam di negara itu menjadi tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Dr Nasharuddin Mat Isa.

Katanya, jika umat Islam di Malaysia terus berpecah, ia menyebabkan Islam menjadi lemah dan memudahkan anasir tertentu untuk menyerapkan ideologi songsang seperti terrorisme ke dalam fikiran anak-anak muda.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Nasharuddin berkata, umat Islam Malaysia harus mengambil iktibar dan pengajaran perpecahan ukhwah yang berlaku di negara-negara Arab.

Keadaan itu telah mengakibatkan anak-anak muda di negara itu kini menjadi anggota pengganas dan seterusnya memusnahkan negara mereka sendiri.

Beliau berkata, antara bibit perpecahan umat Islam di Malaysia ialah apabila mereka berpecah dengan menubuhkan pelbagai parti politik hanya kerana perasaan tidak puashati.

“Sememangnya dalam sistem demokrasi adalah menjadi hak masing-masing untuk menubuhkan parti politik tetapi kita bertanya apakah kepentingannya kepada negara kerana tindakan itu hanya membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam,” kata beliau.

Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat mengenai pengaruh terrorisme di Malaysia anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan GMM di sini.

Dalam taklimat itu, Nasharuddin berkata hasil kajian mendapati anak-anak muda yang tidak mempunyai kawan dan bersikap selalu memandang dirinya sahaja yang betul sebenarnya mudah terpengaruh dengan fahaman radikal.

Katanya, disebabkan tidak mempunyai kawan untuk berbincang dan bermain, mereka akan menjadikan internet sebagai kawan dan terpengaruh dengan fahaman radikal menerusi bacaan dalam laman-laman sosial di internet.

Nasharuddin berkata, golongan ibu bapa pula haruslah mendampingi anak jika mengatahui anak mereka tidak mempunyai kawan serta memantau laman-laman sosial internet yang anak mereka layari.

Katanya, tindakan pencegahan boleh dilakukan dari awal menerusi didikan yang betul supaya anak mereka tidak mudah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Sementara itu Duta Besar Malaysia di Indonesia datuk Seri Zahrain Mohamed hashim berkata, pihak kedutaan menganjurkan aktiviti ceramah isu-isu semasa serantau sebagai usaha untuk menjalinkan hubungan dan persefahaman bersama dalam membanteras aktiviti keganasan.

Majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang turut disertai wakil kedutaan dari Republik Singapura, Brunei dan perwakilan Asean. – BERNAMA

Tags: Nasharudin Mat Isaumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

Sultan Selangor Titah Umat Islam Perkukuh Akidah Dan Iman

08/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam khususnya rakyat Selangor supaya terus berusaha memperkukuhkan akidah dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd