• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Sukan Negara Dapat Sambutan Menggalakkan

oleh Ahmad Albab
08/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyertaan rakyat Malaysia dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2016 sangat menggalakkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Saya belum boleh mengumumkan jumlah penyertaan keseluruhan kerana saya perlu melihat laporan pemantauan yang dijalankan oleh Sekretariat Hari Sukan Negara.

“Secara atas kertas, boleh dikatakan mencapai sasaran 7 juta tetapi saya perlu mendapat laporan terperinci awal pagi esok dan hanya boleh diumumkan esok,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Hari Sukan Negara 2016 di sini hari ini.

Menurut beliau sekiranya jumlah 7 juta itu dapat dicapai, sasaran utama Kementerian Belia dan Sukan untuk tahun ini berjaya mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

“Keyakinan untuk menambah jumlah sasaran bagi tahun depan, sudah pasti akan meningkat,” katanya.

Sekretariat Hari Sukan Negara 2016 (HSN2016) menyasarkan sebanyak 7 juta orang iaitu 20 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia akan menyertai program-program yang telah diatur di seluruh negara berbanding 4.2 juta orang yang turun padang menyertai program yang sama tahun lepas.

“Saya melihat perlu ada peningkatan dalam tiap-tiap tahun dalam penyertaan Hari Sukan Negara kerana ia menunjukkan peningkatan kesedaran betapa pentingnya sukan dalam pembangunan negara.

“Hari Sukan Negara ini perlu dijadikan pencetus supaya rakyat hari-hari bersukan dan bukan pada Hari Sukan Negara sahaja. Janganlah kita perlu menunggu Hari Sukan Negara untuk kita turun bersukan,” katanya.

Khairy berkata untuk sambutan utama yang berlangsung di Putrajaya sahaja acara itu membabitkan penyertaan kira-kira 30,000 orang.

“Setakat ini semua program yang dirancang di seluruh negara sedang dijalankan dan berlangsung dengan baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd