• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompaun Jika Tunggakan GST 2015 Gagal Dijelaskan

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pihak berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang masih mempunyai tunggakan cukai itu bagi 2015 diberi tempoh sehingga 31 Oktober ini untuk menjelaskannya.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata sekiranya mereka gagal membayar tunggakan GST 2015 itu selepas tarikh tersebut, tindakan kompaun sehingga maksimum RM20,000 akan dikenakan.

Beliau berkata bagi pihak berdaftar GST yang masih mempunyai tunggakan cukai bagi 2016 pula diberi tempoh sehingga 31 Disember, 2016 untuk menjelaskan tunggakan tersebut.

“Pengurangan nilai kompuan akan diberikan sekiranya cukai dibayar sebelum 31 Disember, 2016.

“Kompaun sehingga maksimum RM25,000 akan dikenakan sekiranya pembayaran tunggakan GST itu dibuat selepas 31 Disember, 2016,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Khazali juga menasihatkan pihak berdaftar GST supaya sentiasa mematuhi dan membuat bayaran cukai dalam tempoh ditetapkan untuk mengelak tindakan undang-undang pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: GSTkompaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd