• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Guna Dron Kesan Penerokaan Tanah Haram

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak akan menggunakan dron untuk memantau aktiviti penerokaan tanah haram, kata Pengarahnya Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM187,500 untuk pembelian 16 unit dron.

Pada fasa pertama, dron tersebut yang berharga RM12,500 seunit akan diserah kepada 12 daerah besar dan PTG sebelum diperluas kepada enam lagi dearah kecil menjelang akhir tahun ini, katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan dron itu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat May Nayan hari ini.

“Penggunaan dron dapat meningkatkan kecekapan dari segi pengurusan tanah dan penguatkuasaan undang-undang terutama dalam membanteras penerokaan haram di kawasan yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan,” katanya.

Syed Mokhtar berkata penggunaan teknologi dron juga dapat mengawal aktiviti pengeluaran bahan batuan atau mineral dengan akses pandangan yang jauh lebih jelas.

“Ia juga dapat membantu dalam menyediakan laporan tanah bergambar terkini dan jelas ke atas sesuatu permohonan tanah untuk pertimbangan, memandangkan laporan sebelum ini tidak menggambarkan keadaan tanah semasa,” katanya.

Beliau berkata antara daerah yang mempunyai banyak penerokaan haram adalah Batang Padang, Kampar, Kinta dan Manjung. – BERNAMA

Tags: dronPerak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd