• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pelajar Sarjana Bebas Tuduhan Miliki 12 Buku Pengganas

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pelajar sarjana di sebuah universiti awam menarik nafas lega hari ini selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas.

Siti Noor Aishah Atam, 29, yang mengambil jurusan Usuluddin itu kemudiannya bersalaman dan memeluk anggota keluarga yang hadir memberi sokongan di galeri awam mahkamah, sebaik sahaja mendengar keputusan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membebaskan Siti Noor Aishah yang berasal dari Dungun, Terengganu, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Tiada bukti menunjukkan tertuduh ada pengetahuan dalam buku-buku itu dan secara jelas buku-buku tersebut tidak diharamkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri,” kata Mohamad Shariff.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan.

Mahkamah turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P.Kunyalam untuk menahan Siti Noor Aishah di dalam penjara mengikut Seksyen 30(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sementara menunggu rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh.

Wanita itu didakwa memiliki buku itu yang merupakan item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) dan Al Qaeda (AQ).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada 12.25 tengah hari, 22 Mac lepas, mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Pada 19 April lalu, Siti Noor Aishah didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu atas pertuduhan itu.

Kemudian, pada 25 Julai, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan tersebut.

Siti Noor Aishah diwakili peguam Mohd Kamaruzaman A. Wahab dan Zukri Jusoh. – BERNAMA

Tags: pengganastuduhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd