• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Dedah Matlamat Politik Sebenar Mahathir

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya cuba menepis cakap-cakap bahawa beliau mahu anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri akan datang, kata Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada laporan dalam The Star Online hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, dengan menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr. Mahathir ingin menyatakan bahawa bukanlah anaknya yang akan menyandang jawatan itu.

“Bagaimanapun, itu tidak bererti Mukhriz tidak boleh dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, manakala Muhyiddin pula hanya menjadi Perdana Menteri sementara,” kata Salleh dalam catatan terbaru dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata laporan itu mengesahkan apa yang diperkatakan banyak orang bahawa Muhyiddin, bukan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, Dr. Mahathir akhirnya melenyapkan persoalan penting tentang orang yang berada dalam fikirannya untuk mengggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak “sekiranya Perdana Menteri digulingkan atau Barisan Nasional diketepikan, yang merupakan objektif utama Dr. Mahathir menubuhkan parti baharunya, PPBM.”

Salleh berkata Dr. Mahathir juga mengesahkan pengumuman beliau di Petaling Jaya pada 2008 bahawa Perdana Menteri baharu nanti perlu ‘dibimbing’ oleh sebuah jawatankuasa orang lama dan tidak akan diberi kebebasan atau terlalu banyak kebebasan untuk mentadbir negara ini.

“Mahathir berkata hari ini bahawa walaupun Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri dan presiden parti itu, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) juga mempunyai seorang pengerusi.

“Jadi, Perdana Menteri perlu berbincang dengan pengerusi, bermakna Mahathir, sebelum membuat sesuatu keputusan. Perdana Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan sendiri,” katanya.

Salleh berkata, malah, Dr. Mahathir mencadangkan agar kedudukan pengerusi parti itu perlu mengatasi Kabinet memandangkan anggota Kabinet perlu ‘mendengar kata’ Perdana Menteri.

“Kesimpulannya, Perdana Menteri tidak mempunyai kebebasan dan berada di bawah pengerusi parti, yang lebih berkuasa daripada Kabinet seperti Pengerusi Mao mentadbir China selama 31 tahun dulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamadpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

PM Anwar Minta Jangan Politikkan UEC Masuk IPTA – ‘Dunia Sekarang Semua Nak Kait Politik’

15/05/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laluan untuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd