• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naib Canselor UM, CEO Kumpulan Axiata Dikurnia PSM

oleh AK-47
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Tan Sri Prof Dr Mohd Amin Jalaludin serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Axiata Tan Sri Jamaludin Ibrahim merupakan antara lima penerima anugerah darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Kedua-dua mereka menerima darjah kebesaran itu dalam istiadat pengurniaan di Istana Negara sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini hari ini.

Istiadat pengurniaan itu turut menyaksikan 235 individu menerima pelbagai Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016 sempena hari keputeraan rasmi baginda yang disambut pada 4 Jun lepas.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu.

Turut dikurnia PSM ialah bekas Anggota Parlimen Sandakan Tan Sri Lau Ngan Siew, Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Kuala Lumpur) Tan Sri Mohd Ismail Che Rus dan Pengerusi Eksekutif Arus Intelek Sdn Bhd Tan Sri Azizah Abdul Ghani.

Pada majlis istiadat sama, Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada lapan penerima termasuk CEO SME Corp Datuk Dr Hafsah Hashim.

Penerima PJN lain antaranya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Datuk Md Jais Sarday dan Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah.

Turut menerima darjah sama ialah Pengarah Urusan SIPRO Plastic Industries Sdn Bhd Datuk Noraini Soltan, Pengarah Urusan CB Industrial Product Holding Berhad Datuk Lim Chai Beng, Naib Presiden Kanan Perniagaan Korporat MBSB Datuk Nor Azam M Taib dan bekas Presiden Yesterday Melody Sdn Bhd Datuk Chiong Geok Eng.

Sementara itu, enam individu dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh individu) dan Kesatria Mangku Negara (KMN) (52 individu).

Sebanyak 73 penerima lagi dianugerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) manakala 84 penerima dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN). – BERNAMA

Tags: CEOUM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

Kesatuan Mahasiswa UM Desak Pasukan Teater Mohon Maaf Dalam Tempoh 24 Jam

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam sekeras-kerasnya pementasan teater oleh sebuah pasukan teater kolej di UM yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd