• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis PKR Sabah… Ramai Keluar Sertai Parti Shafie

oleh
27/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Belum pun reda PKR terkejut dengan kehilangan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang nekad menyertai parti baharu diketuai bekas menteri, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kali ini PKR dijangka menyaksikan gelombang ‘exodus’ atau keluar beramai-ramai dalam kalangan wakil rakyatnya sendiri di Sabah termasuk beberapa pemimpin kanan parti tersebut, menurut portal tempatan AgendaDaily.

Ia berdasarkan laporan akhbar China Press mendedahkan tiga lagi ADUN PKR dan seorang ADUN DAP dikatakan bakal keluar parti masing-masing untuk menganggotai parti tempatan negeri itu termasuk yang diterajui Shafie.

Perkembangan terkini itu nyata mengecewakan banyak pihak kerana Shafie sebelum ini diuar-uarkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi apa yang berlaku di luar jangkaan.

ADUN Moyog, Terence Siambun dilaporkan sudah pasti akan mengikut jejak Darell keluar PKR selain Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin dan timbalannya, Christina Liew juga hangat diperkatakan akan keluar parti.

Spekulasi mengatakan Lajim bakal menubuhkan sebuah lagi parti pembangkang baharu, manakala Liew tidak pasti sama ada akan mengikut jejak bekas tokoh UMNO Sabah itu atau terus menyertai parti pimpinan Shafie.

China Press difahamkan, Lajim yang juga ADUN Klias pernah menemui Shafie yang mengalu-alukan penyertaan beliau, tetapi tidak memberi jaminan akan melantiknya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Shafie-Apdal1

Ahli Parlimen Semporna itu memberi alasan konon parti beliau hendak melatih lebih ramai orang baharu. Lajim yang berasa kesal justeru ketika itu menjawab, beliau terpaksa menubuhkan sebuah lagi parti baharu di Sabah.

Difahamkan, pihak PKR Pusat akan cuba memujuk beberapa wakil rakyatnya itu dan jika gagal, PKR Sabah dijangka hanya mempunyai Dr. Roland Chia yang juga ADUN Inanam sebagai wakil tunggal mereka dalam DUN Sabah.

Sementara itu, ADUN Likas, Junz Wong juga dikatakan akan keluar daripada DAP. Bagaimanapun, beliau yang ditawarkan untuk menyertai parti pimpinan Shafie belum memutuskan sama ada melompat ke parti baharu itu.

Darell mengumumkan peletakan jawatan dalam PKR pada Khamis lalu. Beliau berkata, keputusannya itu bukan sebab tidak bersetuju dengan pimpinan parti, sebaliknya mahu meneruskan perjuangan di bawah platform lain.

Hujung minggu lalu, Shafie mengumumkan Darell akan dilantik sebagai timbalan pengerusi parti baharunya, manakala satu daripada tiga kerusi jawatan naib pengerusi bakal diisi oleh seorang wakil rakyat tempatan.

Setakat ini dua daripada tiga jawatan naib pengerusi sah menjadi milik ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan Presiden Kadazan Dusun Murut Malaysia, Datuk Peter Anthony. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PKRSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd