• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Geram, Guru Conteng Muka Anak Murid…

oleh AK-47
26/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana gagal menyebut perkataan yang diajar, seorang kanak-kanak telah dimalukan oleh gurunya apabila pipi murid itu diconteng dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu.

Dalam kejadian di sebuah sekolah di Kuching, mangsa yang hanya dikenali sebagai Isaac memberitahu perkara itu setelah didesak oleh ibunya, Amy Teo, yang merasa pelik melihat pipi anaknya itu ketika di rumah.

Bagi mendapatkan cerita sebenar, Amy bertemu dengan guru besar sekolah itu dan guru wanita yang terlibat dipanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Kerana Geram, Guru Conteng Muka Anak Murid...

“Dia (guru) mengaku melakukan hal tersebut (conteng) dengan alasan anak saya tidak pandai menyebut perkataan yang diajarnya dan dia telah meminta maaf kepada saya,” kata Amy.

Kejadian itu merupakan kejadian kali kedua muka anaknya diconteng hanya kerana sebab yang sama. Selain itu juga, Amy mendakwa perut anaknya pernah dicubit oleh seorang guru lain sehingga meninggalkan kesan lebam.

“Sebenarnya ini adalah kejadian yang kali kedua dia (guru) menconteng muka anak saya hanya kerana sebab yang sama.

“Disebabkan tindakannya itu juga, anak saya menjadi takut dan hilang keyakinan untuk memberikan jawapan menyebabkan dia mendiamkan diri. Guru itu marah kerana menunggu terlalu lama lalu dia menghukum anak saya dengan cara ini,” katanya di ruangan komen.

Kerana Geram, Guru Conteng Muka Anak Murid...

Ekoran kejadian itu, ibu berusia 33 tahun itu telah membuat laporan polis pada hari yang sama untuk rujukan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aduancontengDeraGurukanak-kanak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd