• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Paralimpik Terima Ganjaran Sebanyak 30 Peratus

oleh AK-47
22/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurulatih atlet yang memenangi pingat di sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 bakal menerima imbuhan tambahan sebanyak 30 peratus daripada jumlah yang diterima atlet yang berjaya meraih pingat.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, skim insentif tersebut merupakan kenaikan sebanyak 10 peratus daripada imbuhan 20 peratus yang sebelum ini diterima oleh jurulatih.

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada barisan jurulatih kerana berjaya membimbing anak-anak buah mereka‎ dengan kejayaan yang dikecapi.

“Seperti mana skim insentif bagi Olimpik dan Paralimpik kita biasanya bagi imbuhan 20 peratus kepada jurulatih atas kejayaan anak buah mereka.

“Sukacita saya umumkan untuk jurulatih Olimpik dan Paralimpik 2016 kita beri insentif sebanyak 30 peratus,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa, sebentar tadi.

Menurut Khairi, sekiranya atlet yang memenangi pingat emas memperolehi RM1 juta, maka jurulatih mereka akan menerima insentif RM300,000.

“Kerajaan pada tahun in telah sedia menaikkan jumlah ganjaran tersebut  yang mana turut menyamai jumlah yang diterima atlet Olimpik Rio 2016.”

Majlis penyerahan insentif bagi pemenang pingat Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Rio bakal diadakan serentak pada 9 Oktober ini di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur yang bakal dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kontinjen Paralimpik negara mencipta sejarah cemerlang dengan meraih tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara olahraga.

Kejayaan itu diraih atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, ‎disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru dan Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh. Manakala gangsa dimenangi atlet wanita Siti Noor Radiah Ismail, juga dalam acara lompat jauh.

Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan  penambahan RM100,000 bagi insentif untuk Siti Noor Radiah Ismail yang memenangi pingat gangsa dalam acara lompat jauh T20, menjadikan insentif itu berjumlah RM200,000. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy Jamaluddinparalimpik rioSukansukan olimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd