• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Dijel 2 Tahun Miliki Ikat Kepala Pengganas

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki bahan berkaitan perlakuan pengganas iaitu suatu ‘ikat kepala’ kumpulan Daesh.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhi hukuman itu terhadap Nor Izatul Farahirah Ismail, 36, yang bekerja sendiri dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 19 Mei lalu.

Nor Izatul Farahirah berasal dari Kelantan didakwa memiliki bahan itu yang berwarna hitam bertulis jawi di sebuah rumah di Desa Pandan, di sini, pada 11.50 pagi, 19 Mei lepas.

Ibu seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, ketika menonton nasyid di Majlis Solidariti Palestin, di Dataran Shah Alam, Nor Izatul Farahirah telah membeli sehelai mafela berlogo Palestin, dua pengikat kepala berwarna hitam yang salah satunya berlogo bulat putih dipercayai logo Daesh.

Pengikat kepala berlogo Daesh itu telah dihantar untuk dianalisis dan pakar pengkaji kumpulan pengganas mengesahkan pengikat kepala itu adalah berkait dengan kumpulan berkenaan dan tertuduh merupakan seorang penyokong kepada ideologi keganasan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memohon hukuman penjara yang setimpal kerana kesalahan yang dilakukan itu serius selain memberi pengajaran kepada orang awam.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Nor Izatul Farahirah, merayu hukuman penjara singkat dan tidak dikenakan denda kerana anak guamnya tidak mampu dan dia juga menanggung anak dan bapanya yang berusia 70 an.

Tertuduh kemudian dibawa ke Penjara Kajang.

Pada 16 Ogos lepas, wanita itu dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah memiliki dua keping kad pengenalan kepunyaan individu lain masing-masing atas nama Aisyah Marcella Lee Abdullah dan Calysta Ying.

Nor Izatul Farahirah didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, waktu dan hari sama mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Pada hari sama, Nor Izatul Farahirah turut dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah memalsukan dua keping kad pengenalan kepunyaan individu lain masing-masing atas nama yang sama dengan niat untuk menggunakan kad-kad itu sebagai tulen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah turut memerintahkannya menjalani kedua-dua hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 19 Mei lalu. – BERNAMA

Tags: ibu tunggalPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd