• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Tidak Setuju Pemaju Beri Pinjaman Beli Rumah

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak tidak akan menerima pakai langkah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membenarkan pemaju perumahan swasta memberi pinjaman kepada pembeli rumah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata ia kerana langkah seumpama itu boleh mendatangkan risiko kewangan kepada pemaju yang skim tersebut tidak dapat bertahan dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata langkah itu juga mungkin meningkatkan kos pembiayaan akhir, meenghalang pemaju daripada melakukan perniagaan teras mereka dan boleh mendedahkan pemaju kepada kegagalan pembeli membayar balik pinjaman.

“Bagi memastikan pemberian pinjaman yang munasabah, adalah lebih baik bagi bakal pembeli memperoleh pinjaman daripada bank dan institusi kewangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 8 Sept lalu, menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar mengumumkan pemaju hartanah boleh memohon kepada kementerian lesen memberi pinjaman bagi pinjaman perumahan sehingga 100 peratus daripada nilai hartanah sebagai pembiayaan tambahan kepada pembeli yang mungkin tidak layak memperoleh pinjaman bank.

Abang Johari berkata kerajaan negeri telah menubuhkan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Perumahan untuk menyediakan pinjaman kepada kumpulan berpendapatan rendah, yang kini ia memfokus kepada pinjaman bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah mampu milik perbadanan itu.

“Agensi pinjaman ini merupakan pilihan lebih baik bagi bakal pembeli rumah yang mengalami kesukaran memperoleh pinjaman daripada bank. Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd akan mengikuti piawaian pengurusan pinjaman bank dalam memproses permohonan pinjaman dengan memberi sesetengah kelonggaran kepada pemohon yang memerlukan dan layak,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus meningkatkan usaha melaksanakan inisiatif perumahan seperti projek PR1MA, PPR, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Skim Rumah Mesra Rakyat dan MyHome. – BERNAMA

Tags: beli rumahpemaju
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Jangan Khuatir Beli Kereta, Rumah Secara Tunai

11/10/2021
0

Gosip jangan beli rumah atau kereta secara tunai nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) datang sudah lama diperkatakan. Persoalannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd