• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Perbaiki Beberapa Kelemahan Pelaksaan YBU

oleh Ahmad Albab
04/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri akan memperbaiki beberapa kelemahan dalam pelaksanaan Yayasan Bina Upaya (YBU) bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan di Perak tercapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata YBU perlu menilai faktor yang perlu diperbaiki selain mencetuskan idea baharu memandangkan usaha menangani masalah kemiskinan di Perak mendapat pengiktirafan dunia kewangan Islam dan menjadi penanda aras baharu kepada YBU dalam meningkatkan pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Saya mengarahkan Pengerusi YBU Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ismail Safian melihat aspek yang boleh diperbaiki dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dan mengupayakan masyarakat di Perak,” katanya kepada pemberita selepas Wawancara Selamat Pagi Perak di Perakfm di sini hari ini.

Usaha Zambry dalam menangani masalah kemiskinan di Perak mendapat pengiktirafan dunia kewangan Islam apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Kewangan Islam Global 2014 yang berlangsung di Dubai, pada 27 Okt lepas.

Zambry berkata negara luar kini menjadikan kaedah pelaksanaan YBU sebagai contoh untuk membasmi kemiskinan, justeru, beliau bersedia memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada mana-mana pihak tentang kaedah yang boleh dilaksanakan.

“Kaedah pelaksanaan YBU ini boleh dijadikan contoh untuk dilaksanakan di tempat lain. Sebelum ini orang dari Nigeria dan beberapa pihak universiti datang ke sini untuk belajar bagaimana aspek-aspek pelaksanaan yang dibuat oleh YBU,” katanya.

Zambry berkata memandangkan dana bagi menguruskan YBU tidak mencukupi, unit pelaburan perlu diwujudkan bagi meningkatkan pendapatan YBU.

“Kita bukan menggunakan dana YBU untuk dilaburkan, tetapi kita mewujudkan satu syarikat atau kumpulan lain yang mana sebahagian daripada keuntungan dapat disalurkan kepada YBU,” jelasnya.

Mengenai bajet negeri Perak, beliau berkata Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada awal Disember ini, antaranya menggariskan usaha untuk menggerakkan pembangunan ekonomi, pengurusan bajet yang efektif dan mengambil kira aspek kebajikan rakyat. – BERNAMA

Tags: PerakZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd