• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Pakaian & Barangan, Wanita Indonesia Dipenjara

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri pakaian dan barangan lain di kedai baju terpakai (bundle), seorang tukang cuci pinggan warga Indonesia dipenjara 10 bulan dan denda RM1,000 atau satu bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini.

Majistret Haslinda A. Raof juga menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Erna Marni, 39, selepas mengaku bersalah masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Wanita itu dituduh mencuri beberapa helai baju, dua buah beg dan seutas tali pinggang yang bernilai keseluruhan RM31.80 di Kedai Bundle Family, Ampang Waterfront di sini pada 11.30 malam, 7 September lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hendaklah diseksa dengan penjara dan denda atau sebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan maksimum enam sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan mengambil kira kekerapan jenayah curi oleh warga asing di Malaysia.

Erna yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan ibu tunggal dan perlu menanggung tiga anak di kampungnya. – BERNAMA

Tags: Kes CuriPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd