• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

455 Rakyat Malaysia Meringkuk Di Penjara Thailand

oleh Ahmad Albab
17/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seramai 455 rakyat Malaysia sedang meringkuk di penjara Thailand dengan lebih 90 peratus daripada mereka menjalani hukuman berkaitan kesalahan dadah.

Setiausaha Kedua (Konsular) Kedutaan Malaysia di Thailand, Halmah Hassan berkata sebahagian kecil daripada rakyat Malaysia yang berada di penjara Thailand pula melibatkan kesalahan berkaitan kad kredit.

“Seramai 196 rakyat Malaysia ditahan di lima penjara sekitar Bangkok dan tujuh penjara lain di beberapa wilayah utara manakala 259 orang lagi ditempatkan di beberapa penjara wilayah selatan Thai,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Thailand itu berhadapan dengan pelbagai hukuman daripada hukuman mati, penjara seumur hidup dan penjara selama beberapa tahun.

Walaupun berhadapan hukuman mati, ia akan dikurangkan kepada penjara seumur hidup dan tempoh itu juga akan dikurangkan lagi sekiranya pesalah berkelakuan baik ketika di penjara, kata Halmah.

Tujuh daripada 196 rakyat Malaysia yang ditahan di Bangkok dan wilayah utara adalah wanita iaitu lima orang di Pusat Pemulihan Wanita, Chatuchak di sini dan dua lagi di Penjara Wanita Chiang Mai, katanya.

Menurut Halmah, pejabat konsular kedutaan negara di Bangkok menguruskan hal ehwal 196 tahanan rakyat Malaysia di penjara di sini dan utara ibu negara Thailand itu.

Katanya di antara penjara di Bangkok yang banyak menempatkan tahanan Malaysia adalah Penjara Reman Bangkok (30), Bambat Piset (40), Penjara Klong Prem (34) dan Penjara Bangkhwang di Nonthaburi (51).

Pejabat Konsulat Malaysia di Songkla pula menguruskan hal ehwal tahanan negara yang berada di penjara di 13 wilayah di selatan Thai, katanya.

Halmah berkata pejabat konsular di kedutaan negara di Bangkok itu juga melakukan lawatan berkala terhadap semua tahanan rakyat Malaysia bagi mengetahui keadaan terkini dan kebajikan mereka.

Katanya, lawatan itu dibuat kerana mendapati layanan yang diterima tahanan negara daripada pihak berkuasa penjara adalah lebih baik sekiranya mereka kerap menerima kunjungan daripada pihak konsular.

“Jika ada tahanan Malaysia di Chiang Mai yang terletak ribuan kilometer di utara Thailand, kita juga akan melawat mereka.

“Kami juga melakukan tindakan tertentu termasuk berhubung dengan pihak berkuasa penjara sekiranya menerima aduan daripada tahanan Malaysia dan pihak Thai amat responsif terhadap aduan yang diterima,” katanya sambil menambah ia adalah sebahagian daripada tugas sebagai pegawai konsular.

Menurut Halmah, pejabat konsular di kedutaan negara turut menerima permohonan daripada tahanan Malaysia yang mahu dipindahkan ke penjara di selatan Thai bagi memudahkan keluarga mereka melawat.

Beliau berkata bagi tahanan Malaysia yang akan dibebaskan daripada penjara Thai, pihaknya juga akan mengeluarkan surat dan dokumen perjalanan bagi membolehkan mereka kembali ke tanah air. – BERNAMA

Tags: Penjararakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd