• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Akan Teruskan Dasar Berkaitan Kakitangan

oleh AK-47
16/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTULU – Petronas akan terus mengambil, menggilirkan, memajukan dan menaikkan pangkat semua kakitangan berdasarkan prestasi dan kualiti mereka, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Beliau berkata ini kerana Petronas berhasrat untuk memupuk budaya prestasi tinggi dipacu oleh meritokrasi dan terus komited untuk memperkasakan pertumbuhan masyarakat di mana sahaja syarikat itu beroperasi.

Beliau berkata demikian pada perhimpunan khas kakitangan Petronas di Sarawak bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sempena sambutan Hari Malaysia di Pusat sivik di sini hari ini.

“Kita perlu mewujudkan satu kumpulan bakat yang berterusan bukan sahaja untuk Petronas tetapi untuk industri (minyak dan gas) dan negara secara keseluruhan.”

Mengenai Sarawak, beliau berkata, lebih 5,000 pelajar tempatan dan 15 institusi pendidikan telah mendapat manfaat hasil sumbangan Petronas kepada pendidikan dan pembangunan modal insan.

Beliau menambah bahawa syarikat minyak itu akan terus memperkasakan kehidupan melalui pendidikan, pembangunan komuniti dan pemuliharaan alam sekitar dengan RM470 juta diperuntukkan dari 2015 hingga 2019 termasuk membina sebuah kolej MRSM yang baharu di sini.

Baru-baru ini, Petronas menghadapi beberapa masalah kakitangan di Sarawak apabila permit kerja beberapa kakitangan dibekjukan tetapi perkara itu kemudian diselesaikan secara baik.

Wan Zulkiflee juga berkata bahawa di Sarawak, Petronas akan memberi keutamaan kepada vendor tempatan yang kira-kira 400 syarikat milik anak Sarawak dilesenkan dengannya dan nilai kerja membabitkan kira-kira RM7 bilion telah ditawarkan kepada syarikat-syarikat milik anak watan Sarawak sejak 2013.

“Kami juga berbangga bahawa lebih 3,800 atau 75 peratus daripada kakitangan kami dalam operasi di Sarawak adalah anak watan Sarawak.

“Hampir 1,000 lagi kakitangan anak Sarawak menyandang pelbagai jawatan di luar negeri ini termasuk operasi global Petronas,” katanya.

Mengenai peranannya untuk melindungi dan memelihara alam semula jadi untuk generasi akan datang, Wan Zulkiflee berkata Petronas telah melabur sejumlah RM4.7 juta selama tiga tahun bagi penempatan bebola karang untuk meningkatkan kehidupan marin di perairan dekat Taman Negara Similajau di sini di bawah projek BEACON MLNG Petronas.

Beliau berkata, Petronas juga akan terus berbincang dengan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa isu yang berbangkit. – BERNAMA

Tags: petronaspresiden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd