• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Gajah Mati Terperangkap Dalam Kolam Lumpur

oleh Ahmad Albab
14/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Lima daripada sembilan ekor gajah ditemukan mati setelah terperangkap di dalam kolam lumpur berdekatan Kem Pembalakan Berkat Saga iaitu sebuah perusahaan kayu balak di Rinukut pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata kesemua gajah itu dipercayai telah terperangkap kira-kira seminggu di dalam kolam lumpur itu sebelum ditemui orang awam.

“Pejabat Hidupan Liar Tawau dan Unit Penyelamat Hidupan Liar telah menjalankan misi menyelamat kumpulan gajah ini, namun setibanya di kawasan itu, lima gajah yang terperangkap telah ditemukan mati.

“Dengan bantuan jentera berat daripada kem pembalakan Berkat Saga, dua ekor gajah dewasa yang masih kuat berjaya dikeluarkan manakala dua ekor lagi terpaksa di-‘eutanasia’ (dimatikan) bagi mengelakkan terus sengsara ekoran terlalu lemah, kekurangan air serta buta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Augustine berkata hasil siasatan rapi dan kajian semula laporan bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dikenal pasti.

“Kemungkinan gajah-gajah tersebut masuk ke dalam kolam lumpur hanya sekadar untuk menyejukkan diri dan mandi…tetapi gajah ini mungkin tersalah jangkaan akan kedalaman dan konsistensi lumpur seperti ‘pasir jerlus’ di kolam itu dan akhirnya gagal keluar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar pihak yang membuat kerja penggalian serupa supaya menimbus kembali atau memagar kawasan berkenaan selepas tamat kerja-kerja di sekitar kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang terutamanya di kawasan yang menjadi laluan gajah.

“Kolam lumpur yang membabitkan insiden gajah tersebut telah ditimbus dengan tanah dan ditutup sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: gajah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

Nak Minta Tolong Bawa Pulang DAK, Tapi Setiap Hari Maki PMX – Maszlee

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Maszlee Malik melahirkan rasa kesal dengan sikap pihak...

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd