• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rugi RM215 Juta Angkara ‘Love Scam’

oleh Ahmad Albab
14/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan wanita yang mempunyai krisis rumah tangga dan ibu tunggal berusia pertengahan dilaporkan cenderung menjadi mangsa sindiket penipuan ‘Love Scam’ atau cinta dalam talian yang didalangi lelaki warga asing.

Mendedahkan perkara itu, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata wanita berusia antara 31 dan 40 tahun direkodkan antara paling ramai terpedaya dengan sindiket ini.

Katanya, faktor kesunyian dan masalah rumah tangga tidak harmoni yang sering didepani golongan wanita berkenaan mendedahkan diri mereka menjadi mangsa sindiket tersebut.

Selain itu, beliau berkata individu yang tidak mempunyai masa untuk bersosial dan mencari teman hidup juga berpotensi menjadi mangsa sindiket berkenaan.

“Mereka (anggota sindiket) ini mempunyai ‘skrip’ atau kata-kata manis untuk memikat dan menjalinkan hubungan cinta sebelum memperdayakan mangsa wanita mereka melalui laman sosial seperti Facebook,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Syafiq Jinuin berkata berdasarkan profil mangsa, anggota sindiket dilihat tidak mempunyai spesifikasi tertentu, sebaliknya memilih individu secara rambang di alam maya untuk dijadikan mangsa.

Beliau berkata antara mangsa sindiket ialah golongan profesional seperti doktor, peguam, guru, pensyarah, pegawai bank dan ahli perniagaan.

Katanya sebanyak 5,456 kes penipuan cinta dalam talian melibatkan kerugian lebih RM215 juta telah direkodkan sejak tahun 2013 hingga Ogos tahun ini.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi dan maklumat akaun bank kepada orang yang baru dikenali melalui alam maya serta jangan memberi atau menghantar wang kepada kenalan yang tidak pernah ditemui secara fizikal.

“Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana individu terutama di internet kerana penglibatan dengan sindiket ini dapat memberi kesan ke atas emosi selain mengakibatkan mangsa menanggung beban hutang yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: love scamWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd