• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Gaji Minimum Tak Mudarat Ekonomi Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dasar gaji minimum bukan faktor yang merosakkan ekonomi Malaysia, kata Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh.

Beliau berkata polisi itu merupakan keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempunyai sistem ekonomi egalitarian bagi membolehkan perkongsian kekayaan dalam kalangan rakyat.

Beliau mengulas posting dalam blok wartawan veteran A. Kadir Jasin pada Ahad yang berkata polisi Najib seperti gaji minimum telah menyebabkan kerosakan dan kesengsaraan kepada rakyat.

“Sehingga kini tidak satu industri pun yang terjejas kerana polisi gaji minimum. Ia hanya taktik yang digunakan sektor perniagaan dan wakil masing-masing bagi menakutkan rakyat dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivarraajh berkata penguatkuasaan Akta Gaji Minimum memberi jutaan pekerja gaji yang adil yang mereka boleh memulangkannya semula untuk menghadapi kesukaran ekonomi.

Menyifatkan kenyataan Kadir “sebagai bodoh dan tidak konsisten dengan fakta”, beliau berkata Malaysia memerlukan polisi gaji minimum kerana secara tradisi perniagaan telah menekan gaji dan memeras pekerja.

“Majikan akan sentiasa mencari jalan untuk tidak membayar gaji lebih baik dan ini sebabnya kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang gaji minimum,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gaji Minimum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju PMKS Dikecualikan Daripada Kenaikan Gaji Minimum

Kerajaan Setuju PMKS Dikecualikan Daripada Kenaikan Gaji Minimum

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kabinet bersetuju supaya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dikecualikan daripada pelaksanaan kenaikan kadar gaji minimum baharu...

Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan

Kadar Gaji Minimum Sedia Ada RM1,700 Bakal Dinaikkan

26/09/2026
0

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam forum Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberi bayangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd