• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM, TPM, KJ Ucap Tahniah Atlet Emas Paralimpik

oleh
11/09/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kejayaan yang dicipta atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli meraih emas pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil sebagai cukup membanggakan.

Perdana Menteri menerusi Twitternya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet terbabit yang disifatkan sebagai luar biasa dan meluahkan rasa bangga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di Rio.

“Syabas Ridzuan Puzi & @yardzolkefli yg turut catat rekod dunia. Seluruh negara berbangga dengan pencapaian anda! #Paralympics #KamiLuarBiasa.”

“Hari bersejarah utk Malaysia. Negaraku berkumandang buat pertama kali di #Rio2016. Kita bawa pulang bukan satu,tetapi dua emas! #Paralympics.”

Coretan kegembiraan dari temasya turut dikongsi bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam laman Twitter miliknya.

“Tahniah Ridzuan Puzi & Ziyad! Hadiahkan pingat emas buat Malaysia di Sukan Paralimpik #Rio2016. Kami bangga.”

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga tidak terlepas untuk berkongsi kegembiraan dan sentiasa mengemaskini situasi semasa di Rio menerusi laman Twitternya.

“Keringat dan air matanya hanya untuk negara. #RidzuanPuzi, wira Malaysia. Satu lagi detik bersejarah sukan negara! Tahniah @yardzolkefli #KamiLuarBiasa #Rio2016.”

Untuk rekod, pemenang pingat di temasya Paralimpik turut menerima imbuhan sama seperti di Olimpik dengan pemenang pingat emas akan menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) akan menerima RM1 juta.

Kejayaan Ridzuan dan Ziyad turut sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas, setiap satunya mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik.

Ridzuan Mohamad Puzi meraih emas dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.

Pingat perak dimenangi Yang Yifei dari China dengan catatan 12.20s dan gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan 12.54s.

Ziyad Zolkefli dalam pada itu menyumbang emas melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran).

Lebih membanggakan, dia yang juga pemenang pingat gangsa pada edisi ke-14 di London mencipta rekod baharu dunia dalam percubaan pertamanya dengan jarak 16.40m, sekali gus memadam rekod dunia dan rekod Paralimpik milik Todd Hodgetts dari Australia iaitu 16.29m juga di London.

Pingat perak menjadi milik Dimitrios Senikidis dari Greece dengan 16.17m dan gangsa milik Hodgetts dengan 15.82m. - BHarian Online

PM, TPM, KJ Ucap Tahniah Atlet Emas Paralimpik

Tags: Khairy Jamaluddinparalimpik rioZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd