• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibrahim Abu Shah Angkat Sumpah Jawatan Senator

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah, adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi KUB Malaysia Berhad Datuk Seri Abd Halim Abd Samad dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S.Nallakaruppan.

Ibrahim Shah, 66, dan Abdul Halim, 74, dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini manakala Nallakaruppan, 68, dilantik untuk penggal kedua.

Ibrahim Shah, yang menjadi naib canselor UiTM dari 2001 hingga 2009 kini menyandang jawatan Pengerusi Biro Pendidikan Umno Malaysia.

Beliau dilahirkan di Merlimau, Melaka dan, pernah merangkul beberapa anugerah termasuk Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia (Sektor Pendidikan Awam) 2009 dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada 2013.

Selain itu, beliau aktif dalam kegiatan sosial dan pernah menjadi anggota panel Penasihat Perpaduan Negara Malaysia dari 2007 hingga 2008.

Abdul Halim, yang dilahirkan di Kuantan, Pahang, pula aktif dalam kegiatan politik termasuk memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa dari 2004 hingga 2013. – BERNAMA

Tags: JawatanSenator
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

‘Saya Sedar Jawatan Saya ini Terbatas. Mungkin Meninggal Dunia, Mungkin Uzur, Mungkin Kalah’

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu mengulangi budaya pentadbiran terdahulu yang menghukum rakyat...

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd