• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Sasar 6 Juta Penyertaan HSN 2016 – Khairy

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan enam juta penyertaan pada Hari Sukan Negara (HSN) 2016 yang akan disambut pada 8 Oktober depan. Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata ini susulan sambutan memberangsangkan pada HSN tahun lepas yang menerima kira-kira lima juta penyertaan.

“Tahun lepas, KBS menyasarkan tiga juta penyertaan namun ia melepasi jumlah itu apabila kira-kira lima juta orang menyertai HSN 2015,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan HSN 2016 berjumlah RM1.5 juta kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di 15 kawasan Parlimen Kedah di sini, hari ini.

Beliau berharap sasaran itu mampu dicapai sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan dan mengurangkan masalah kesihatan serius seperti kencing manis,jantung, darah tinggi dan obesiti.

“Penyakit ini dapat dielak kerana ia berkaitan gaya hidup…hanya kira-kira 40 peratus rakyat negara yang bersukan tiga kali seminggu manakala 60 peratus lagi tidak berbuat demikian,” katanya.

Khairy berkata melalui aktiviti bersukan di peringkat akar umbi, ia mampu melahirkan lebih ramai atlet yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

“Dari peringkat kampung atau pedalaman, mungkin akan melahirkan atlet peringkat kebangsaan yang seterusnya boleh mengharumkan nama negara seperti Pandelela Rinong Pamg dan Mohd Azizulhasni Awang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hari Sukan NegaraKBSKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd