• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘All The Best’ Kepada Kerjasama Mahathir-Anwar

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – “Kita wish him all the best,” kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Johari Abdul Ghani kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyingkirkan kerajaan sedia ada.

Johari berkata kerjasama itu mahupun kelulusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak perlu diperbesarkan kerana di bawah amalan demokrasi, adalah perkara biasa untuk sesiapa sahaja bekerjasama atau menubuhkan parti baharu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Raub di Kompleks Rakan Muda Dong di sini hari ini, yang dihadiri Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin.

Semalam, media melaporkan Dr. Mahathir berkata beliau tidak mempunyai alasan mengapa tidak boleh bekerjasama dengan Anwar selepas memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri 18 tahun yang lalu.

Johari berkata amalan ‘merajuk sehingga menubuhkan parti baharu’ pernah tercatat dalam sejarah UMNO apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 kerana menentang Dr. Mahathir pada 1988 sebelum kembali kepada UMNO pada 1996.

“Orang yang tengah marah, kita biarlah mereka balik ke kampung supaya mereka sejuk. Kita kuatkan parti kita. Jika ada salah perbetulkan dan lama-lama mereka yang akan masuk kembali (ke dalam UMNO),” katanya.

Johari yang juga Menteri Kewangan Kedua mengingatkan anggota UMNO supaya tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang mengaitkan ekonomi Malaysia dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menjelaskan permasalahan ekonomi Malaysia disebabkan tempias kelembapan ekonomi dunia manakala 1MDB pula berpunca daripada kelemahan pengurusan, dan perkara itu juga boleh berlaku kepada badan perniagaan yang lain.

“Jangan kita ikut tune pembangkang. Itu cerita orang berniaga. Dahulu, di Terengganu kita ada Perwaja Steel, syarikat besar yang dibuat atas dasar strategik tapi akhirnya atas kelemahan pengurusan turut bankrap.

“Perwaja di dalam negara jadi bila berniaga tidak bagus, kita cari pengurusan dan ada bukti kita dakwa di mahkamah. 1MDB berniaga di luar negara, jadi kita biar mereka siasat. Kalau ada bukti kesilapan di sini, kita boleh ambil tindakan.

“Kalau kita nak dengar pembangkang, mereka ini memang suka melibatkan perdana menteri dan cakap seolah-olah negara kita hendak bankrap. Jika pelabur nak datang ke negara kita, mereka pun takut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd