• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Durjana ‘Jual’ Anak Didakwa

oleh AK-47
08/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH ‘menjual’ anak untuk kesenangan hidup, seorang pembantu rumah berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa memperdagangkan anak perempuannya bagi eksploitasi seks.

Tertuduh, Lai Siew Jze, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Ibu kepada tiga anak itu, dituduh memperdagangkan anak bongsunya yang berusia 13 tahun bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah bilik di hotel Jalan Tebrau, Johor Bahru pada pukul 9 pagi, 20 September 2015.

Berita Harian melaporkan, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah di Australia itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon untuk dibebaskan dengan jaminan kerana perlu kembali bekerja bagi menyara keluarga termasuk tiga anaknya yang masih belajar serta suami tidak bekerja.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru tidak membenarkan sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh dan menetapkan 9 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anakibu kejamkes mahkamahpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd