• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosyam Nor Jalan Kaki Dari Shah Alam Ke UIAM, Gombak

oleh AK-47
08/09/2016
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA menjayakan program Walk for World Quran Hour, pelakon dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor meluahkan kesanggupan berjalan kaki dari Masjid Karangkraf, Shah Alam ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Uni­versiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Perkara itu akan dilakukan Rosyam yang juga merupakan ikon Rumah Ngaji selepas selesai solat Subuh pada Khamis ini.

Bintang terkenal itu dijangka tiba di UIAM kira-kira pukul 4 petang hari yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, jumlah jarak keseluruhan perjalanan yang bakal dilalui Rosyam adalah 47.2 kilometer.

“Inisiatif program Walk for World Quran Hour ini lahir daripada cetusan idea Rosyam sebagai usaha kemuncak untuk terus mengajak orang ramai me­menuhi Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

“Perjalanan ini adalah de­ngan niat untuk terus mengajak masyarakat kembali berinte­raksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amalkan sehingga melahirkan akhlak seba­gai Muslim sejati,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

quran

Tambah Marhaini, penganjuran aktiviti itu diharap dapat menarik minat para pemimpin, pelajar dan orang ramai menyertai program World Quran Hour.

Difahamkan, antara kawasan yang dilalui Rosyam dalam Walk for World Quran Hour ialah Taman Megah, Damansara Jaya, Damansara Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Kepong, Batu Caves dan Sri Gombak.

Semasa aktiviti berjalan kaki ini, Rosyam dan peserta-peserta lain dijadual berhenti untuk me­nunaikan solat zuhur dan mengedarkan risalah World Quran Hour di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail

Program World Quran Hour yang di­sambut di seluruh dunia akan berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM mulai pukul 9 pagi, Ahad ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Rosyam Nor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Rosyam Nafi Jadi Barua Cina Isu Saham Pasar Raya

05/01/2019
0

TAMPIL... Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd