• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosyam Nafi Jadi Barua Cina Isu Saham Pasar Raya

oleh
05/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIL… Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor menegaskan beliau adalah pemilik bersama perniagaan pasar raya ST Rosyam Mart yang diusahakan dirinya sejak tahun lalu.

Kecewa dengan tuduhan tular mendakwa konon beliau sebagai barua Cina, pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin menjelaskan dirinya memang adalah pemegang saham sebanyak 10 peratus syarikat berkenaan.

“Saya amat kecewa dengan tuduhan dipergunakan seperti tular di media sosial. Untuk pengetahuan semua, saya pemegang saham 10 peratus syarikat ini. Saya tidak kisah orang kata saya bukan pemilik sebenar ST Rosyam Mart.

“Namun melabel saya seperti itu membuatkan saya sedih dan kecewa. Ada orang cakap saya hanya duta syarikat ini bukan pemilik, itu tidak benar,” kata Rosyam dalam satu sidang akhbar di pejabat Sri Ternak di ibu negara hari ini.

Mynewshub pada 3 Januari lalu melaporkan secara eksklusif tindakan netizen tertentu cuba perbesar isu saham ST Rosyam Mart bagi boikot bisnes selebriti itu yang bantu masyarakat Melayu dapat beli barang pada harga rendah.

Mengulas lebih lanjut, pelakon filem aksi KL Menjerit itu turut mendedahkan syarikat tersebut dimiliki Datuk Raymond Ho Cheng Hann yang pegang saham sebanyak 89 peratus dan baki oleh adiknya, Alan Ho Cheng Yek.

Bagaimanapun ujar Rosyam lagi, beliau turut bersedih apabila ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang cuba sabotaj untuk rosak reputasi dirinya dengan sebar berita tidak sepatutnya berkaitan isu pemilikan saham.

Baca: Kecoh Pasar Raya Rosyam Nor Dikuasai 90% Cina

“Isu 10 peratus pemilikan saham itu adalah dalam ST Rosyam Mart dan ia tidak jadi saya seorang ‘barua’ Cina. Saya bukanlah keluarga senang dan pendapatan sebagai pelakon menyukarkan impian buka perniagaan runcit sendiri.

“Malahan saya bermula dengan modal yang sedia ada sebelum buat kerjasama bersama Datuk Raymond dan saya sebenarnya bersedia akan menambah peratusan pemilikan saham itu pada masa akan datang,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Rosyam turut membuat laporan polis terhadap individu yang mendakwa dia dengan pelbagai tuduhan dan menuduh bapa kepada pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai bekerja sebagai pengedar dadah.

Menurutnya, dia terpaksa buat laporan tersebut kerana ada individu merosakkan nama baik dirinya sendiri dan juga mengadakan sidang akhbar ekoran berasa malu dengan rakan kongsinya disebabkan dakwaan jahat tersebut.

“Selain itu, saya turut buat laporan polis terhadap pemilik akaun sosial Facebook dengan nama Mohd Fauzi yang ada buat hantaran jelik menuduh bapa kepada Raymond kononnya pernah bekerja sebagai pengedar dadah.

“Sebelum ini saya tidak pernah ambil tindakan biarpun ada macam-macam dakwaan sebelum ini mengatakan saya cemuh kepimpinan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Malaysia sekarang,” katanya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Rosyam NorST Rosyam Mart
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Kecoh Pasar Raya Rosyam Nor Dikuasai 90% Cina?

04/01/2019
0

ALAHAI... Tahun lalu ketika umat Islam mula berpuasa bulan Ramadan, dunia hiburan tanah air gempar dengan isu ancaman boikot ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd