• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naluri Isteri Selamat Warga Emas Ditipu RM30,000

oleh Ahmad Albab
07/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Naluri seorang isteri menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM30,000 untuk ‘dibayar’ bagi mendapatkan tiket nombor ekor yang didakwa telah memenangi wang tunai RM200,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang Supt Azizan Md Isa berkata dua suspek warganegara Indonesia berusia 49 tahun dan warga tempatan, 28, menghampiri mangsa berusia 82 tahun di sebuah kedai di Temerloh dekat sini, pada 11 pagi semalam.

“Suspek mendakwa mereka mempunyai tiket nombor ekor, bagaimana pun tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana dia bukan warganegara dan memujuk mangsa untuk menyerahkan RM30,000 sebagai tukaran kepada tiket itu.

Dia turut menunjukkan keratan akhbar dan tiket nombor ramalan yang baharu dibeli agar serupa dengan nombor di akhbar bagi menyakinkan mangsa,” katanya pada sidang media di IPK di sini, hari ini.

Azizan menambah mangsa yang terpengaruh dengan pujukan itu kemudiannya pulang ke rumah untuk mengambil buku bank untuk mengeluarkan wang, namun tindakan beliau mendatangkan perasaan curiga kepada isterinya.

Isteri mangsa memaklumkan kejadian kepada anaknya yang terus menghubungi mangsa yang telah berada di bank bagi menghalang mangsa daripada mengeluarkan wang, sebelum membuat laporan polis kerana mengesyaki kejadian itu adalah penipuan.

“Polis kemudiannya menahan kedua-dua suspek pada hari yang sama yang semasa itu berada di luar bank berkenaan kerana menunggu mangsa mengeluarkan wang yang diminta,” katanya.

Azizan menambah turut dirampas pada tangkapan itu ialah wang tunai RM13,500, tiket nombor ekor, keratan akhbar, cek bernilai RM200,000 dan sebuah kereta jenis Proton Persona yang disewa suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu memalsukan dokumen yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata kedua-dua suspek juga mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan tipu dan masing-masing pernah dipenjara selama 42 bulan pada tahun 2014 dan 2015.

Sehubungan itu, Azizan menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan penipuan nombor ekor kerana semakin ramai yang mengalami kejadian itu pada tahun ini, berbanding tahun lalu.

Katanya, sejak awal tahun sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 21 kes dengan kerugian RM222,668 dilaporkan berbanding 11 kes melibatkan kerugian RM494,465 pada tahun lalu. – BERNAMA

Tags: kes tipuwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd