• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serah Pendrive Bukti Telus Dalam Isu Bola Sepak

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tindakannya menyerahkan pemacu pena kontroversi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bukti ketelusannya menangani isu melibatkan bola sepak negara.

Beliau berkata pemacu pena yang didakwa mengandungi laporan penyelewengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu telah diserahkan kepada SPRM kelmarin.

“Saya telah teliti apa yang ada dalam pemacu pena itu dan walaupun saya dah tahu apa di dalamnya, saya buat keputusan untuk serah pada SPRM kerana tanggapan umum adalah ia mengandungi bukti penyelewengan.

“Apabila tanggapan umum ia adalah bukti rasuah, maka saya kena serah pada agensi yang bertanggungjawab.

“Kalau saya sendiri buat kenyataan pemacu pena itu tidak mengandungi bukti penyelewengan mungkin orang tak percaya, mungkin mereka akan kata menteri nak lindungi FAM atau orang tertentu…jadi kurang kewibawaan kalau saya kata tidak ada bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program FIT Malaysia peringkat Negeri Sembilan di Dataran Rembau, di sini hari ini.

Khairy berkata beliau akan menunggu keputusan siasatan dan rumusan oleh SPRM terhadap kandungan pemacu pena tersebut dan akan menunggu suruhanjaya itu mengesahkan sendiri sama ada ia mengandungi seperti apa yang didakwa oleh segelintir pihak.

“Kalau ada pihak yang kata jika tiada bukti rasuah kenapa saya hantar kepada SPRM, saya terpaksa hantar sebab tanggapan umum termasuk media adalah ia mengandungi bukti penyelewengan.

“Jadi saya sendiri tidak boleh bersihkan FAM, nanti orang kata saya tak telus, jadi saya serahkan pada SPRM. Malah saya minta SPRM selepas selesai buat siasatan tersebut, saya nak dedahkan pada umum apa dalam pemacu pena itu sebab saya nak rakyat nilai apa di dalamnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata FAM akan mengadakan pemilihan kepimpinan badan tersebut lebih awal iaitu pada awal tahun hadapan berbanding 2018.

“Saya difahamkan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan bertanding lagi, jadi mahu tidak mahu kita akan ada presiden baru pada awal tahun depan dan semua jawatan akan dipertandingkan,” katanya.

Beliau berkata pemilihan kepimpinan itu akan menyaksikan berlaku proses transformasi dalam badan induk bola sepak negara.

“Kalau kita ada barisan kepimpinan yang baru tetapi tidak diperbaharui proses dan pengurusan yang ada dalam FAM, maka kita hanya tukar kulit saja,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan baru FAM juga harus mendekati bekas pemain, pemain, badan bukan kerajaan (NGO), wartawan sukan dan semua pihak bagi mendapatkan idea memajukan bola sepak negara.

“Saya juga ada pandangan peribadi dan bukan campur tangan tetapi untuk saya beri pandangan sebagai menteri sukan, apakah pengurusan dan proses yang diperlukan bagi memantapkan lagi pengurusan bola sepak negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPendrive
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd