• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditangkap Kerana Nama Anjing Sama Dengan Nama Presiden

oleh AK-47
02/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAIWAN kesayangan lazim diberi nama lucu atau unik oleh pemiliknya, namun lelaki berasal dari Nigeria, Joe Fortemose Chinakwe menamakan anjing peliharaannya sama seperti nama Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari.

Nigeria Daily News melaporkan, akibat tindakan tersebut Joe, 30; ditangkap oleh polis atas tuduhan penghinaan nama baik presiden. Malah polis menyatakan bahawa Joe juga mengajak anjingnya berjalan-jalan di tengah-tengah kesesakan penyokong Presiden Buhari.

Bukan hanya memberi nama yang sama dengan nama presiden negara benua Afrika itu, Joe juga bertindak biadap apabila tergamak mengecat nama Muhammdu Buhari di kedua-dua sisi tubuh anjing itu dengan warna bendera negaranya.

Polis menangkap Joe kerana bimbang tindakan itu boleh menimbulkan kekecohan. Di mahkamah, Joe namun bertegas dirinya tidak bersalah atas perbuatan tersebut. Apabila ditangkap dia sangat terkejut hanya kerana memberi nama anjingnya dengan nama Buhari.

“Saya sudah lama kagum dengan inspirasi Presiden Nigeria yang terus-menerus gigih memerangi rasuah,” katanya. Maka daripada situ, dia memberikan nama anjing kesayangannya langsung menyerupai nama idolanya.

“Ini sebagai salah satu bentuk sokongan terhadap Buhari,” katanya. Bagaimanapun aksi Joe tersebut mendapat kecaman hebat serta ancaman bunuh daripada netizen tempatan. Polis juga menyatakan orang awam sangat marah terhadap tindakan dari Joe.

Ketika ini, Joe telah dibebaskan daripada tahanan polis dengan dikenakan bayaran jaminan sambil menunggu perbicaraannya pada 19 September. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjingisu anjingNigeriapresiden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd