• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remy Ishak Dakwa Diugut Bunuh Oleh Wanita VIP

oleh AK-47
02/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Remy Ishak membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh  daripada seorang wanita yang berstatus kenamaan (VIP) selepas pelawaannya untuk berjumpa ditolak.

Malay Mail Online melaporkan, pelakon drama Nur Kasih itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang dipercayai ‘orang suruhan’ wanita tersebut pada Isnin lalu.

Remy, atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak bagaimana pun menolak dengan baik pelawaan wanita dari pantai timur itu untuk berjumpa tetapi sebaliknya menerima ugutan bunuh.

Bimbang dengan keselamatannya, Remy yang sempat merakam perbualan telefon terus membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Difahamkan, Remy pernah menerima beberapa ugutan daripada individu yang sama tetapi tidak menjelaskan bentuk ugutan yang diterima.

Pelakon yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ini dikatakan mengenali wanita VIP tersebut sejak Mei lalu selepas dipelawa untuk menjalankan perniagaan bersama-sama.

Susulan beberapa ugutan itu, Remy turut membuat laporan di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor.

Ketua Polis Serdang, ACP Megat Alias ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan laporan dan sedang membuat siasatan.

Remy bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes Ugutlaporan polispolisRemy Ishak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd