• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Pembakaran Terbuka Penting Tangani Jerebu

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Usaha Malaysia menangani masalah jerebu rentas sempadan ketika ini menjadi lebih sukar sekiranya Indonesia tidak menguatkuasakan sepenuhnya larangan pembakaran terbuka di negara itu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pembakaran terbuka masih berlaku di Riau dan Sumatera, susulan kerajaan Indonesia masih membenarkan pembakaran terbuka di kawasan seluas kurang daripada dua hektar.

“Demi kebaikan negara serantau, kerajaan Indonesia harus bertindak tegas (perlu kuat kuasa sepenuhnya larangan pembakaran terbuka)… kalau tidak, apa usaha yang dilakukan Malaysia tidak dapat mengelakkan jerebu (rentas sempadan)melanda negara ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan kerajaan Indonesia mengisytiharkan perintah darurat di negara itu berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk berpunca daripada pembakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah.

Wan Junaidi berkata beliau berpendapat pengisytiharan perintah darurat ‘tidak membantu sangat’ kerana ia hanya bersifat sementara.

Namun, katanya pengisytiharan itu membolehkan pihak kerajaan Indonesia menghantar anggota polis dan tentera untuk membantu memadam kebakaran dengan segera.

“Malaysia sedia membantu pihak Indonesia dalam pemadaman kebakaran hutan di Indonesia,” kata Wan Junaidi.

Pada 21 Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Malaysia sedia menghantar Bombardier bagi membantu Indoensia memadam kebakaran yang menyebabkan berlaku jerebu rentas sempadan.

Pada tahun lepas, ketika Indonesia dilanda jerebu teruk, Malaysia menghantar sebuah pesawat Bombardier dan helikopter ke Sumatera Selatan bagi membantu operasi memadam kebakaran. – BERNAMA

Tags: Jerebu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

Zahid Nasihat Orang Ramai Jaga Kesihatan, Jerebu Dijangka Berterusan

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd