• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Aktif Pacu Kejayaan Negara – Salleh

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta rakyat negara ini menjadi warga yang aktif bagi memacu kejayaan negara.

Beliau berkata setiap rakyat Malaysia perlu memainkan peranan masing-masing dalam menentukan hala tuju negara dan bukan sekadar menumpang hasil usaha orang lain.

“Kita tidak harus menjadi ‘penumpang’ dalam negara sebaliknya menjadi peserta yang aktif dalam menentukan hala tuju negara. Maka kita dapat menikmati kekayaan negara bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Salleh turut meminta rakyat negara ini agar bersatu padu mempertahankan negara tanpa mengira agama dan bangsa dalam semangat sehati sejiwa.

Mengenai sambutan Hari Kebangsaan ke-59, Salleh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan acara itu malah memuji kerjasama daripada semua pihak khususnya pasukan keselamatan negara.

“Alhamdulillah, kita berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang memastikan keadaan aman damai dan selamat daripada perkara yang tidak baik daripada berlaku,” katanya.

Sambil memuji semangat harmoni yang dizahirkan pengunjung, Salleh berkata kehadiran ribuan pengunjung membuktikan rakyat negara ini cintakan tanah air untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah dalam suasana ceria dan patriotik. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

Undi Pesaing Kerajaan Yang Adil Tidak Haram – JABHAH

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat berhak menyokong sesebuah kerajaan yang diyakini adil, namun pada masa sama mempunyai hak untuk memilih kepimpinan...

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

‘Orang Yang Kutuk Tu Mungkin Orang Luar’ – Mukhlis Mubin

02/11/2026
0

MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah mempertahankan tindakannya membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd