• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Wujud KPI Tambah Baik Pengurusan Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tabung Haji (TH) akan mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada petugasnya bermula tahun hadapan dalam usaha menambah baik sistem pengurusan jemaah haji, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata KPI itu adalah bagi melihat setiap penambahbaikan melibatkan jemaah haji negara ini dilakukan dengan baik demi keselesaan jemaah haji sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Tahun ini kita telah mengurangkan tempoh masa jemaah haji di lapangan terbang Jeddah, lebih dari lima jam kepada tiga jam di mana TH telah sediakan biometrik jemaah haji lebih awal.

“Ini merupakan salah satu contoh dan TH dari masa ke masa akan menambah baik pelbagai perkara bagi melancarkan urusan jemaah haji sepanjang musim haji tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Mengucap Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Kedah di TH Hotel& Convention Centre di sini, malam tadi.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Abdul Azeez berkata pihaknya turut mengambil kira masa perjalanan bas oleh jemaah dari Jeddah ke Makkah serta masa yang diambil untuk memperbaiki bas yang rosak.

Beliau berkata sekiranya ada bas yang rosak dan mengambil masa terlalu lama untuk diperbaiki, pihaknya akan menggantikan bas lain bagi membolehkan jemaah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

“Cuaca yang terlalu panas dijangka akan menyebabkan berlaku kerosakan terutamanya pada pendingin hawa dan tayar bas. Kita telah sediakan petugas yang mahir untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Azeez turut menasihati jemaah haji agar mengurangkan aktiviti luar dan banyak minum air bagi mengelak berlakunya strok haba ekoran suhu di Makkah kini mencecah sehingga 51 darjah celsius.

Jelas beliau, jemaah perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh petugas TH bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada pada tahap baik sepanjang melaksanakan ibadah haji. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd