• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penambahbaikan ‘E-Haj’ Cepat Proses Ketibaan Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Penambahbaikan sistem ‘e-Haj’ yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi telah mempercepatkan proses kemasukan ketibaan jemaah haji ketika melalui proses Imigresen dan Kastam di lapangan terbang di sini padamusim haji ini.

Pengarah Operasi Jeddah Mohamad Zamry Mohd Noor berkata melalui penambahbaikan sistem elektronik itu, kini para jemaah haji tidak lagi menunggu lama bagi melalui proses kemasukan ketika di Lapangan Terbang King Abdul Aziz di sini.

“Kalau dahulu jemaah haji terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk menyelesaikan proses pasport di Imigresen dan Kastam tetapi dengan adanya penambahbaikan itu jemaah haji hanya melaluinya bagi tempoh dua hingga tiga jam sahaja.

“Proses ini menyebabkan kaedah ketibaan jemaah haji berjalan lancar dan cepat kali ini dan mengurangkan keletihan jemaah di lapangan terbang tanpa perlu menunggu lama seperti sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Zamry berkata sistem e-Haj yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi sejak beberapa tahun itu kini ditambah baik, antaranya tiada lagi proses mencetak tiket bas.

“Kalau dahulu tiket bas perlu dicetak dan ditampal pada pasport tetapi kali ini tidak lagi kerana tiket itu telah dimasukkan lebih awal dalam sistem itu.

Antara lain yang ada dalam sistem itu ketika diimbas melalui pengimbas adalah tempat hotel penginapan jemaah haji,” katanya.

Beliau berkata bagi nombor bas dan tempat penginapan, jemaah haji telah lebih awal mengetahuinya kerana ia dilekatkan bersama lencana mereka semasa di tanah air lagi.

Katanya selain sistem e-Haj, Lembaga Tabung Haji (TH) juga mempunyai sistem khas pendaftaran jemaah haji di lapangan terbang bagi mengelak jemaah daripada tersasar dan tertinggal bas.

“Alhamdulillah jemaah haji kita tidak ada masalah melalui imigresen, kastam dan tiada yang tersasar di lapangan terbang dan ini semua telah menjimatkan masa ketika ketibaan,” katanya.

Sementara itu Pasukan Panggilan Kecemasan Peronda Lebuh Raya setakat ini menerima lima aduan kecemasan membabitkan empat kes tayar bas yang pecah dan satu aduan mengenai kerosakan pendingin hawa bas yang dinaiki jemaah haji dari lapangan terbang ke hotel penginapan.

Pengurus pasukan itu, Shafiei Sharif berkata pihaknya bagaimanapun telah bertindak dengan segera menukar tayar dan menukar bas dalam tempoh antara 45 minit sehingga 90 minit.

“Kami mempunyai sembilan petugas yang memantau perjalanan bas yang dinaiki jemaah haji seperti memastikan berhenti di tempat rehat sepatutnya serta menangani keadaan kecemasan bas yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut bekerjasama dengan pengendali syarikat bas jika berlakunya sebarang kerosakan ketika dalam perjalanan. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd