• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Luar Setia Berkhidmat Dengan Tabung Haji

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kira-kira 300 orang penduduk tempatan berketurunan Indonesia dan Thailand turut diambil bagi membantu Lembaga Tabung Haji (TH) dalam operasinya mengendali jemaah haji Malaysia dengan menjadi Pembantu Petugas TH (PATUH) saban tahun.

Ada yang sudah berkhidmat sehingga melebihi 20 tahun.

Mereka ini fasih berbahasa Melayu dan Arab.

“Saya sudah 26 tahun berkhidmat dengan Tabung Haji yang diletak sebagai pembantu pasukan kesihatan,” kata Mustofa Bathul Bari, 52, berasal dari Indonesia.

Beliau berkata setiap tahun beliau dipilih TH sebagai petugas sambilan.

“Saya rasa gembira dan tidak pernah menolak untuk berkhidmat dengan Tabung Haji kerana seronok bekerja membantu mereka dan juga jemaah Malaysia yang memerlukan khidmat kami,” katanya yang bertugas sebagai kakitangan hotel di sini.

Bagi Abdul Rahman Bayo, 40, pula yang berketurunan Melayu Thailand, beliau sudah 10 tahun berkhidmat sebagai anggota PATUH di bahagian Operasi Masya’ir.

Katanya keramahan rakyat Malaysia dan keterbelaan nasib apabila berkhidmat dengan TH, menyebabkannya tertarik untuk terus membantu TH.

“Orang Malaysia (jemaah haji) baik dan Tabung Haji juga sangat bagus dalam membantu kami pada setiap musim haji,” katanya yang berkelulusan Universiti Al Azhar.

Rakannya Hamdi Ismail Baheh, 39, berkata beliau sudah 16 tahun bertugas secara sambilan bersama TH pada setiap musim haji.

Beliau yang bertugas di maktab penginapan jemaah haji Malaysia berkata keramahan rakyat Malaysia sangat menyentuh hatinya untuk berkhidmat dengan TH.

“Kami sudah macam keluarga dan apabila tamat musim haji, saya sentiasa dihubungi mereka bertanyakan khabar,” kata bekas graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini.

Seperti Abdul Rahman, mereka berdua juga merupakan petugas syarikat mengerjakan umrah milik rakyat Malaysia.

Bagi seorang petugas PATUH wanita, Musrifah Bukhari, 32, yang baharu lima tahun bertugas dengan TH, beliau berharap akan sentiasa terpilih pada tahun-tahun berikutnya.

“Bukan kami tidak mahu bekerja dengan agensi haji negara lain, tetapi rasa bersyukur sangat dapat berkhidmat dengan Tabung Haji,” katanya yang berketurunan Indonesia dan turut bekerja sebagai kakitangan hotel di sini. – BERNAMA

Tags: petugasTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd