• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Mohon Putrajaya Tangguh GST

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li menyeru kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.

Memetik kenyataan ahli parlimen Gua Musang, Kelantan itu dari portal The Malaysian Insider, “Hampir setiap tahun, bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.”

“Terlalu banyak kritikan di parlimen dan orang awam juga di media sosial tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli.”

Beliau menyuarakan kebimbangan tersebut melalui sepucuk surat setebal enam muka surat mengenai bajet 2015 yang baru dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Surat tersebut diedarkan kepada seluruh ahli parlimen hari ini.

Selain itu, Ku Li dalam tulisannya juga menyatakan kerajaan perlu lebih peka terhadap isu lain yang berkemampuan menjatuhkan ekonomi negara, seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Beliau berkata, kerajaan perlu membuat pertimbangan untuk menangguhkan perlaksanaan GST sehingga ekonomi Malaysia kukuh.

“Dan jika ia perlu dilaksana, kadarnya perlu dilihat semula,” tambah beliau lagi.

IMG_4337

Namun, membidas saranan yang dikemukakan Ku Li, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, penangguhan GST yang dijadualkan bermula April 2015 akan lebih menjejaskan ekonomi negara.

“Ini akan menimbulkan ketidaktentuan memandangkan sesetengah syarikat sudah melakukan persediaan untuk CBP dan kerajaan juga sudah bersedia melaksanakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang.” – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

Tags: CukaiGSTpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayaran Cukai Kini Mudah Dan Cepat, Jangan Tunggu Saat Akhir

Bayaran Cukai Kini Mudah Dan Cepat, Jangan Tunggu Saat Akhir

03/11/2026
0

URUSAN membayar cukai kini semakin mudah, pantas dan fleksibel menerusi pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL),...

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd