• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,300 Anggota UKP memadai Jamin Keselamatan Penjara

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Keanggotaan sebanyak 1,300 Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) sudah memadai bagi menjamin keselamatan penjara di seluruh negara, termasuk penjara yang dihuni banduan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen Jabatan Penjara Malaysia Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood berkata buat masa ini tidak ada keperluan bagi menambah keanggotaan UKP sebaliknya usaha akan terus dilakukan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran anggota sedia ada.

“Anggota UKP sedia ada memang sudah ada kemahiran. Namun, kita tahu bahawa kemahiran itu perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Apa-apa bentuk kemahiran baharu yang kita dapat, kita akan terapkan kepada anggota UKP untuk meningkatkan lagi keupayaan mereka,” katanya.

Wan Mohamad Nazarie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Gerakan Mantap UKP di Pusat Latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Tuaran, di sini hari ini.

Kursus dua minggu merangkumi kecekapan menembak taktikal itu disertai 97 anggota UKP dari penjara Sabah dan Sarawak.

Mengenai latihan berkenaan, Wan Mohamad Nazarie berkata ia sebagai kesiapsiagaan penjara menghadapi sebarang kemungkinan ancaman dari dalam atau luar, sekali gus memberi keyakinan pihak berkuasa mengendalikan banduan.

Katanya, kecekapan kesemua 1,300 anggota UKP berkenaan akan ditingkatkan melalui 13 siri kursus yang dijangka selesai dijalankan tahun depan.

Menurut Mohamad anggota UKP berkenaan dilatih Trup Tindakan Cepat (TTC) iaitu pasukan elit dalam penjara, yang ditubuhkan pada 2007 yang telah mendapat latihan komando di Sungai Udang, Melaka.

“TTC diperlukan apabila berlaku keadaan seperti rusuhan dalam penjara… bila berlaku rusuhan, biasanya ia dikawal dahulu oleh anggota biasa kemudian akan dibantu UKP,” katanya menambah latihan UKP dijalankan di negeri ini berikutan kehadiran tahanan SOSMA di penjara Sabah. – BERNAMA

Tags: Penjara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd