• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beli, Kibar Jalur Gemilang Tanda Cintakan Negara

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Orang ramai disaran membeli dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kebangsaan bagi menzahirkan tanda cinta kepada negara.

Pengerusi Jawatankuasa sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata tindakan sedemikian juga dianggap satu pengorbanan untuk negara.

“Kita harap orang ramai dapat berkorban dengan membeli Jalur Gemilang untuk dikibar sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan Negara selama sebulan mulai hari ini hingga 16 Sept,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, jawatankuasa penganjur telah mengagihkan 50,000 Jalur Gemilang kepada pelbagai jabatan, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

Sebanyak 100 kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi yang diketuai Jabatan Penerangan turut memeriahkan program merdeka tersebut dengan mengelilingi bandar dan kampung-kampung sekitar. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd