• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keistimewaan Untuk Langkau Giliran Tunai Haji

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Tabung Haji (TH) tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata bagi menjalankan proses giliran secara telus, TH turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak ada istilah kuota menteri ke, kuota timbalan menteri ke, kuota siapa-siapa kerana Tabung Haji sentiasa memastikan segala proses ini dijalankan secara telus dan dipantau secara terus oleh SPRM sendiri.

“Jadi tidak timbul isu-isu yang dimainkan oleh media sosial seolah-olah ada pilih kasih atau keistimewaan tertentu yang diberi oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengahadiri majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, di sini malam tadi.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob itu turut dihadiri Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan anggota Lembaga TH Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Pada majlis itu, 150 bakal haji menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.05 pagi sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Madinah pada 4.05 pagi tadi.

Seramai 1,600 jemaah haji dari Kelantan akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

Asyraf Wajdi seterusnya berkata 76,000 rayuan dibuat oleh pendaftar TH untuk menunaikan haji tahun ini namun kekosongan yang ada hanyalah 3,695.

“Kekosongan ini berikutan ada pendaftar yang menolak untuk menunaikan haji pada tahun ini atas pelbagai faktor. Tidak pernah berlaku siapapun yang telah diberikan giliran mereka bagi tahun tertentu, tiba-tiba mereka ini dikeluarkan daripada giliran (sewenang-wenangnya),” katanya.

Mengenai caj visa kepada individu yang ingin menunaikan umrah atau haji bagi kali kedua dan seterusnya seperti yang dilaporkan media Arab Saudi, Asyraf Wajdi berkata belum ada maklumat rasmi mengenai perkara itu daripada kerajaan Arab Saudi mahupun kedutaan Arab Saudi di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

‘Setakat Ini Tiada Surat Rasmi Peletakan Jawatan Dr Akmal Diterima’ – Asyraf Wajdi

09/01/2026
0

KUALA LUMPUR: UMNO menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd