• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Keliru Dengan Parti Baharu – Khairy Jamaluddin

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak keliru dengan kemunculan parti baharu yang bermatlamat untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional, kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata kemunculan parti serpihan UMNO dianggotai bekas pemimpin parti itu jelas mempunyai sentimen tersendiri dan ia perlu dipandang serius agar ahli tidak melompat atau keluar dari parti.

“Oleh itu, ahli dan penyokong parti kita perlu diberi penerangan malah saya sendiri sewaktu perasmian mesyuarat bahagian telah menegaskan pentingya isu-isu seperti ini, diperjelaskan dengan lebih teliti.

“Saya percaya kita dapat yakinkan ahli dan penyokong dalam hal tersebut kerana kita tidak ambil mudah dalam cabaran yang dihadapi ketika ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan diminta mengulas penubuhan parti baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan impaknya kepada parti dan golongan belia.

Khairy berkata sesi penerangan dan penjelasan berterusan adalah perlu bagi memastikan ahli dan penyokong tetap setia kepada parti dan tidak terpengaruh dengan kewujudan parti-parti baharu.

Mengenai mesyuarat hari ini, Khairy berkata Pemuda BN bersetuju untuk mengguna pakai formula kemenangan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jelasnya, ada pendekatan yang boleh diterap dan diamalkan seperti strategi komunikasi yang baik, penggunaan media sosial dan penyediaan jentera parti.

Beliau berkata Pemuda BN juga akan mengadakan bengkel khusus dan latihan dalam merapatkan saf kepimpinan di peringkat atas dan akar umbi bagi memantapkan jentera parti dalam menghadapi isu-isu semasa dan PRU. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddinparti baharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd