• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayah Gendong Anak Sejauh 28 Km Setiap Hari

oleh AK-47
09/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Demi merasai pembelajaran yang cukup, seorang ayah bernama Yu Xukang berasal dari China sanggup berjalan kaki dan menggendong buah hatinya, Xiao Qiang sejauh kira-kira 28 kilometer (km) setiap hari.

Xiao Qiang dilahirkan kurang upaya sehingga usianya kini telah mencapat 12 tahun masih belum mampu berjalan.

“Anakku tidak mampu berjalan sendiri, ini bermakna ia tidak boleh menunggang basikal. Selain itu, di usianya yang sudah 12 tahun, tingginya hanya 90 sentimeter,” kata ayahnya kepada media negara China.

Ayah Gendong Anak Sejauh 28 Km Setiap Hari

Sejak berumur tiga tahun Xiao Qiang hanya diuruskan oleh ayahnya disebabkan kerana orang tuanya telah bercerai.

Sebenarnya, Xukang telah mendaftarkan anaknya itu ke beberapa sekolah biasa di kampung tempat beliau tinggal.

Apakan daya sekolah-sekolah tersebut menolak pendaftaran Qiang kerana dianggap tidak mampu belajar dan berinteraksi secara normal dengan pelajar lain.

Sekolah yang menerima Qiang pula berada sangat jauh dari rumahnya. Itulah sebabnya si ayah rela berjalan kaki dan menggendong si anak setiap hari agar dia tetap bersekolah.

Si ayah berkata,  beliau sudah menggendong anaknya itu sejak September tahun lalu.

Setiap pagi beliau bangun jam lima dan menyiapkan bekalan makan tengahari kemudian menghantar ke sekolah dan kembali ke kampung untuk bekerja.

“Saya kemudian kembali ke sekolah untuk menjemput anak dan mendukungnya pulang,” katanya.

Perjuangan si ayah yang begitu kuat dibayar dengan prestasi cemerlang yang diperoleh Qiang.

Walaupun seorang yang kurang upaya, dia masih dapat meraih ranking pertama di kelasnya. Hal ini membuat si ayah merasa bangga dengan anaknya itu.

Kerajaan China mendapat maklum kisah mengharukan ayah dan anak ini yang tersebar melalui media dan dikhabarkan membuat tempat tinggal yang bedekatan dengan sekolah Xiao Qiang sehingga si ayah tidak perlu bersusah payah menggendong berpuluh-puluh kilometer seperti sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anakBapaberceraicacat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd