• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Dakwa Terima Laporan Berbeza Daripada Polis Johor

oleh AK-47
09/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya mempunyai satu unit pasukan khas dari kontinjen polis Johor yang sentiasa mengiringi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika perlawanan di laman sendiri mahupun di tempat lawan. Saya telah menerima laporan daripada mereka dan telah menelitinya, ternyata ia yang amat berbeza dengan laporan yang dikeluarkan pihak media cetak dan media sosial.”

Itu reaksi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik pasukan JDT berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh, Perak membabitkan penyokong JDT dan Perak dalam aksi Liga Super 2016 baru-baru ini.

Kata baginda, cerita sebenar berhubung kejadian itu telah ditokok-tambah di media cetak dan media sosial bagi mensensasikannya dan meletakkan punca kekecohan itu semata-mata daripada pihak penyokong JDT.

“Saya sarankan untuk mendengar laporan dari kedua-dua pihak terlebih dahulu dan tidak menuding jari sesuka hati kepada satu pihak sahaja,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

Tunku Ismail seterusnya berkata, baginda berpandangan kira berapa banyak perkara baik yang dilakukan oleh JDT akan sentiasa dianggap sebagai jahat dan salah oleh sebilangan pihak.

Baginda menerangkan, pasukan dan penyokong JDT menjadi mangsa di Perak sejak insiden di Stadium Lumut hingga kelmarin.

“Setiap kali kami pergi ke Perak, kami akan sentiasa menghadapi masalah. Kami juga bukanlah satu-satunya pasukan yang menghadapi masalah itu kerana pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga menghadapi nasib yang sama.

“Jadi, saya tidak terkejut dengan masalah ini lagi. Kini Bangsa Johor terkejut apabila cerita sebenar telah diolah malah ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan cerita dan menyebelahi satu pihak, dengan media dan laman media sosial menyebelahi pihak mereka,” kata baginda.

Justeru, kata Tunku Ismail, baginda tidak perlu memperjelaskan tentang insiden itu atau mengambil peduli lagi tentang dakwaan yang dilemparkan ke atas JDT dan meminta penyokong JDT membiasakan diri dengan senario itu.

“Ini adalah kerana apabila seseorang tidak menyukai anda, tidak kira berapa banyak perkara baik yang anda lakukan, anda tetap dianggap jahat. Oleh itu, tidak perlu dijelaskan lagi. Biasakan diri dengannya,” kata baginda.

Dalam insiden tersebut, ramai pihak menyalahkan penyokong JDT sebagai punca kekecohan kerana menimbulkan provokasi dengan melaungkan `chant’ Perak Bangsat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd