• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Disangka Pemandu Uber, Kereta Gadis Ini Dilempar Telur

oleh AK-47
09/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis meluahkan kekesalannya di atas sikap segelintir pemandu teksi yang bertindak biadap apabila menyangka dia merupakan pemandu Uber.

Menerusi luahan di laman sosial Facebook, Sau Mun mendedahkan perbuatan pemandu teksi membaling telur ke keretanya ketika dia mengambil seorang rakan berbangsa Melayu di Stesen LRT Kelana Jaya baru-baru ini.

“Saya mengambil rakan Alya Zulaikha dari stesen LRT Kelana Jaya pada satu pagi sebab ada perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah menengah di Paradigm Mall. Sebaik sahaja dia sampai ke kereta saya, seorang lelaki tegap beruniform putih dan seluar slack hitam datang menjerit ke arah saya dan rakan saya itu tanpa sebarang sebab yang jelas.

“Sebaik saja kawan saya menutup pintu kereta, ada bunyi datang dari arah belakang. Saya lihat seorang lelaki lain berpakaian uniform putih membaling telur ke arah kereta saya.

“Pada masa itu baru saya sedar yang mereka ini merupakan pemandu teksi yang marah sebab ingat saya pemandu Uber,” tulis Sau Mun.

Dalam coretannya Sau Mun turut meluahkan kesal kerana kedua pemandu teksi berkenaan melakukan serangan terhadapnya tanpa usul periksa.

Memikirkan keselamatan diri dan rakannya, Sau Mun tidak keluar dari kereta sebaliknya terus memandu dan membuat pusingan U agar dapat menangkap gambar nombor plat pemandu teksi yang biadap tersebut.

Namun sebaik sahaja dia membuat pusingan U, pemandu teksi yang membaling telur ke keretanya itu dipercayai sudah pun ‘melarikan diri’ dari tempat kejadian.

Disangka Pemandu Uber, Kereta Gadis Ini Dilempar Telur

Disangka Pemandu Uber, Kereta Gadis Ini Dilempar Telur

Kes pemandu teksi menyerang pemandu Uber bukanlah satu kisah baharu, sebaliknya sebelum ini terdapat pelbagai laporan media mengenai insiden sedemikian.

Ini semua gara-gara rasa tidak puas hati pemandu teksi terhadap pemandu Uber yang dilihat mengganggu periuk nasi mereka.

Namun, perkhidmatan yang lemah di pihak pemandu teksi menyebabkan rata-rata masyarakat kini lebih mengemari perkhidmatan dari Uber dan yang sepertinya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pemandu teksiUber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui Proses Permohonan Permai

15/02/2021
0

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang menerima bantuan Prihatin sebelum ini akan dikecualikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd